Kursus Transformasi Diri dan Akauntabiliti Dalam Pekerjaan

Dalam era perubahan di alaf baru, setiap warga organisasi perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untuk meningkatkan profesionalisme menghadapi cabaran yang semakin ketara. Perubahan besar perlu dilakukan bagi membuat transformasi dari budaya kerja lama kepada budaya kerja yang lebih berdaya saing.
Sejarah menunjukkan bahawa kecemerlangan yang sebenar tidak dapat dihasilkan oleh individu yang hanya mempunyai ilmu, kemahiran dan kesihatan semata-mata. Ilmu dan kemahiran yang ada perlu dimanfaatkan dengan cara yang betul dan sesuai bagi meningkatkan profesionalisme kerja dan membentuk budaya kerja cemerlang yang lebih berteraskan kepada iklim perniagaan yang sentiasa berubah.
Menyedari hakikat ini, Truth Believe menawarkan khidmat profesionalnya untuk membuat transformasi daripada budaya kerja lama kepada budaya kerja baru yang lebih cemerlang melalui Kursus Transformasi Diri dan Akauntabiliti Dalam Pekerjaan.
[ Read More ]